Tuesday, September 27, 2011

RINGKASAN EKSEKUTIF DALAM RANCANGAN PERNIAGAAN

Apakah ringkasan eksekutif? adakah ia penting dalam sesebuah rancangan perniagaan?...Sejauhmana ringkasan eksekutif itu memberi kesan terhadap sesuatu 'proposal'?

Ringkasan eksekutif ini sebenarnya adalah bahagian yang paling penting dan ia perlu ditulis secara teliti dan berkesan. Ia merupakan ringkas kepada idea/rancangan perniagaan yang ingin anda kemukakan. Ditulis secara ringkas, tepat dan padat, ia dapat membantu si pembaca memahami keperluan perniagaan anda.

Antara perkara penting dalam ringkasan eksekutif adalah :

1. Objektif syarikat
Anda perlu menjelaskan dengan terang tentang objektif penubuhan syarikat/perniagaan anda. Mengapa anda menubuhkan perniagaan dan apakah keperluan anda membuat rancangan perniagaan ini.

2. Produk atau perkhidmatan
Anda perlu menjelaskan tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Keunikan dan keistimewaan produk/perkhidmatan anda perlu diterangkan agar ia dpt meyakinkan si pembaca bahawa produk/perkhidmatan itu mampu memasuki pasaran.


3. Potensi pasaran
Anda perlu menjelaskan tentang potensi produk/perkhidmatan anda dalam memasuki pasaran sedia ada. Siapa potensi pelanggan dan strategi anda dalam memasarkan produk/perkhidmatan itu.


4. Pengurusan Projek
Jelaskan secara ringkas bagaimana anda bakal menguruskan perniagan ini. Perancangan yang teliti dalam aspek pengurusan, operasi, pemasaran dan kewangan dapat membantu si pembaca yakin dengan kemampuan anda.


5. Kos Projek
Kos bagi anda menguruskan perniagaan perlu dinyatakan dengan jelas. Anda perlu memaklumkan tentang jumlah pinjaman yang bakal dipohon, sumbangan modal dari anda dan keperluan anda membuat pinjaman.


6. Jangkaan Pulangan/Daya maju
Akhir sekali anda perlu nyatakan jangkaan pulangan/daya maju perniagaan anda. Nyatakan juga bahawa anda yakin tentang perniagaan anda melalui perancangan yang dibuat dan potensi masa hadapan.

1 comment: