Saturday, September 10, 2011

IDEA PERNIAGAAN

Mencetuskan idea bagi sesebuah perniagaan bukanlah suatu yang mudah. Bahkan, produk atau perkhidmatan yang akan dijalankan perlu berasaskan inovasi agar ia lebih menarik dari produk-produk atau perkhidmatan yang kini berada di pasaran. Untuk memulakan sesebuah perniagaan, seseorang individu hendaklah mempunyai kemahiran, pengalaman, pengetahuan, minat dan modal. Ini penting bagi memastikan perniagaan yang ingin dimulakan mampu bertahan untuk bersaing dengan perniagaan sedia ada.

Kemahiran, Pengalaman dan Pengetahuan
    Kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam sesebuah perniagaan penting agar individu tersebut tahu selok belok dalam  perniagaan yang akan dijalankan. Tanpa kemahiran asas dalam perniagaan yang diceburi, individu tersebut akan mengalami pelbagai masalah dalam mengusahakannya. Pengalaman dalam perniagaan yang ingin diceburi akan memberikan nilai tambah atau kekuatan kepada individu tersebut untuk terus mengusahakan perniagaannya. Pengetahuan dalam perniagaan penting agar individu tersebut tahu bagaimana untuk memulakan, mengembangkan dan terus bertahan dalam dunia perniagaan yang mencabar.

Minat dan Modal
   Minat dalam perniagaan yang bakal diceburi adalah sangat penting. Dengan minat yang mendalam dalam sesuatu perniagaan menyebabkan individu itu mampu bertahan dan bersaing secara sihat dan tabah. Bahkan, minat merupakan satu agen penggalak dan motivasi bagi individu tersebut untuk terus memikirkan idea dan penyelesaian masalah jika berlaku sesuatu terhadap perniagaan mereka.

Inovasi
   Di zaman moden ini, inovasi adalah sangat penting untuk diterapkan dalam perniagaan kita. Inovasi dalam pelbagai aspek boleh dilakukan samada produk atau perkhidmatan.  http://duniareka.blogspot.com adalah salah satu laman web yang memberikan idea berbentuk inovasi dalam produk dan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment